pa header

  PROFIL

Pusat Matrikulasi KUIS ditubuhkan pada bulan Ogos 2008 bagi melaksanakan program-program di peringkat Asasi dan bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama di KUIS. Dengan kata lain, program-program yang ditawarkan di Pusat Matrikulasi ini merupakan ‘feeder’ program kepada program Sarjana Muda yang ditawarkan di Fakulti Pengajian. Melalui program-program yang ditawarkan KUIS beriltizam untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bakal menjadi pelajar cemerlang di peringkat ijazah pertama yang seterusnya menjadi graduan yang berkualiti, berketrampilan dan berdaya maju dalam bidang-bidang yang diceburi.

  PENUBUHAN PUSAT

Program-program di peringkat pra-ijazah yang ditawarkan merupakan ‘feeder’ program kepada program sarjana muda KUIS. Ia memberi dan menambah peluang pengajian pra-universiti kepada Bumiputra Islam sebelum melangkah ke peringkat ijazah pertama. Di samping itu, ia adalah laluan singkat ke peringkat ijazah pertama di kuis tanpa melalui program di peringkat diploma yang ditawarkan selama tiga tahun (atau enam semester). Justeru, pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian di peringkat asasi ini.

  MATLAMAT PENUBUHAN PUSAT
  • Menyediakan calon untuk kemasukan ke peringkat ijazah pertama KUIS.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan mempunyai asas serta minat yang mendalam dalam bidang-bidang yang ditawarkan.
  • Menyediakan pelajar-pelajar yang mampu mengekalkan kecemerlangan di peringkat ijazah pertama bagi menyokong matlamat KUIS untuk menghasilkan graduan yang berkualiti dan berjaya merealisasikan motto Peneraju Budaya Ilmu.
  FALSAFAH

Falsafah Pusat Matrikulasi adalah mendokong Falsafah KUIS. Dengan kata lain, Falsafah KUIS yang menjadi asas kepada penubuhan Pusat Matrikulasi ini amat applicable untuk Kursus Asas. Justeru pelajar-pelajar disediakan untuk memenuhi keperluan yang digariskan oleh KUIS dengan mengambil kira pelaksanaan asas-asas pendidikan Islam, nilai-nilai dan cara hidup yang berlandaskan integrasi ilmu dan akhlak mulia.

  VISI

Menjadi pusat kecemerlangan KUIS dalam menjana ’Best Student'

  MISI

Menjadi pusat pengajian ilmu asasi bagi menyumbang kepada peningkatan KUIS sebagai pusat pengajian tinggi Islam bertaraf dunia dengan mendapat keredhaan Allah s.w.t.