Pautan Pantas
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
INFO SEMASA
UCAPAN ALUAN DEKAN PUSAT MATRIKULASI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata'ala, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, pembawa rahmat ke seluruh alam.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang dihormati kerana melayari laman web Pusat Matrikulasi, KUIS. Laman web ini merupakan satu wadah di dalam menyampaikan maklumat seperti aktiviti dan program yang dianjurkan, program - program pengajian Asasi yang ditawarkan serta kepakaran akademik para pensyarah.
Semenjak ditubuhkan pada bulan Ogos 2008, terdapat enam (6) program Asasi yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti Pengajian Islam, Pengurusan, Teknologi Maklumat, Komunikasi, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Program-program yang ditawarkan merupakan feeder program kepada program Ijazah Sarjana Muda di KUIS.
Besarlah harapan saya agar pengunjung mendapat manfaat dan dapat menyebarkan maklumat terutama program-program yang ditawarkan oleh Pusat Matrikulasi kepada rakan kenalan. Saya turut mengalu-alukan maklumbalas daripada semua pihak bagi meningkatkan kualiti dan informasi dalam laman web Pusat Matrikulasi.
Sekian, terima kasih.
Peneraju Tradisi Ilmu
Di Sini Lahirnya Da’i, Ulama dan Umara’
YBr. Dr. Muhammad Yosef Niteh
Dekan Pusat Matrikulasi KUIS